Buscar
Estás en modo de exploración. debe iniciar sesión para usar MEMORY

   Inicia sesión para empezar

Geo(F2)


🇬🇧
In Inglés
Creado:
Geo(F2)


Public


0 / 5  (0 calificaciones)



» To start learning, click login

1 / 25

[Front]


Ciri Pandang Darat Fizikal
[Back]


Merujuk pelbagai ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi,saliran,tumbuhan semula jadi

Practique preguntas conocidas

Manténgase al día con sus preguntas pendientes

Completa 5 preguntas para habilitar la práctica

Exámenes

Examen: pon a prueba tus habilidades

Pon a prueba tus habilidades en el modo de examen

Aprenda nuevas preguntas

Modos dinámicos

InteligenteMezcla inteligente de todos los modos
PersonalizadoUtilice la configuración para ponderar los modos dinámicos

Modo manual [beta]

El propietario del curso no ha habilitado el modo manual
Modos específicos

Aprende con fichas
elección múltipleModo de elección múltiple
Expresión oralResponde con voz
EscrituraModo de solo escritura

Geo(F2) - Marcador

1 usuario ha completado este curso

Ningún usuario ha jugado este curso todavía, sé el primero


Geo(F2) - Detalles

Niveles:

Preguntas:

58 preguntas
🇬🇧🇬🇧
Ciri Pandang Darat Fizikal
Merujuk pelbagai ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi,saliran,tumbuhan semula jadi
Ciri Pandang Darat Budaya
Merujuk ciri buatan manusia seperti guna tanah,kegiatan ekonomi penduduk, petempatan,kemudahan sosial serta pengangkutan dan perhubungan
Peta topografi
Peta yang menggambarkan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan yang dilukis menggunakan skala dan simbol-simbol tertentu
Putaran bumi
Bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips(bujur)
Kesan putaran bumi
Kejadian siang dan malam,Perbezaan waktu tempatan,pembiasan angin lazim, kejadian pasang surut
Daya koriolis
Daya pesongan aliran udara yang terhasil kesan putaran bumi pada paksinya
Kejadian pasang surut
Tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari
Kesan-kesan peredaran bumi
Kejadian empat musim di kawasan beriklim sederhana, Fenomena gerhana
Kejadian empat musim dalam turutan
Bunga,Panas,Luruh,Sejuk
Ekuinoks Bunga
21 Mac,Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh
Solstis musim panas
21 Jun,Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk, hemisfera utara mengakami waktu siang lebih panjang berbanding malam
Ekuinoks musim luruh
23 September,Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga
Solstis musim sejuk
22 Disember,Hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas
Turutan gerhana bulan
Matahari,bumi,bulan
Turutan gerhana matahari
Matahari,bulan,bumi
Iklim
Purata suhu,hujan,tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun
Suhu
Suhu tinggi dan hampir sekata,min suhu 27,julat suhu tahunan kecil 1-3, julat suhu harian besar 5-10: stesen berhampiran pantai,8-12: stesen pedalaman
Hujan
Jumlah hujan 2600mm,taburan hujan tidak sekata,hujan maksimum semasa peralihan monsun: Mac-mei,Oktober-November
Hujan perolakan
Permukaan bumi dipanas pancaran matahari,air tersejat membentuk wap air, udara panas bersama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai paras tinggi
Hujan perolakan 2
Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
Hujan bukit
Turun di kawasan tanah tinggi menghadap udara lembap,udara lembap terpaksa naik ke cee=run bukit kerana dihalang tanah tinggi,
Hujan bukit 2
Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan,hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yang menghadap udara lembap, bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dan dikenal sebagai kawasan lindungan hujan
Hujan Tahunan Tertinggi di Malaysia
Cerun bukit kawasan pedalaman Sarawak, purata melebihi 5000mm
Hujan tahunan paling sedikit di Malaysia
Kuala Pilah Negeri Sembilan,purata kurang daripada 1500mm
Angin Tempatan
Angin yang bertiup di sebuah kawasn kecil,berbeza dengan taburan tekanan umum yang terdapat pada persekitaran tersebut
Angin Monsun Timur Laut
Bertiup pada awal bulan November hingga Mac,bermula pada pedalaman benua asia,bertiup merentasi laut china selatan dan sampai di Malaysia sebagai monsun timur laut,membawa hujan lebat ke pantai timur semsnanjung Malaysia,kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur sabah
Angin Monsun Barat Daya
Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September,berasal dari benua Australia,bertiup merentasi lautan hindi dan sampai di malaysia sebagai angin monsun barat daya,membawa hujan sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi
Angin Sumatera
Bertiup dari bulan April hingga Mei dan Septemeber hingga oktober,berasal dari sumatera,dikenal sebagai 'skual',bertiup dengan kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat semenanjung malaysia,terutamanya dari pelabuhan klang hingga johor bahru,membawa hujan lebat yang disertai kilat dan petir
Angin tempatan(bayu laut)
Angin tempatan yang berlaku pada waktu siang di kawasan berhampran pantai,berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan,udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah
Angin tempatan(bayu darat)
Angin tempatan yang berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai,berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut,udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke laut yang bertekanan rendah
Pertanian
Padi: Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan Kelapa sawit: Segi tiga jangka,lahad datu Lada hitam: Sekitar Kuching dan Sri Aman
Pembalakan
Suhu dan hujan menggalakan pertumbuhan hutan hujan tropika kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, pedalaman Sabah dan Sarawak. e.g pokok kayu keras cengal,meranti,nyatuh dan keruning
Perikanan pantai timur
Nelayan pantai timur tidak dapat turun semasa musim tengkujuh semasa tiupan angin monsun timur laut kerana laut China Selatan yang bergelora, mereka membaiki jala dan pukat yang rosak
Perikanan pantai barat
Nelayan pantai barat dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana kawasan perairan selat melaka terlindung daripada tiupan angin kencang semasa Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan Monsun Barat Daya oleh Sumatera
Pelancongan
Keadaan iklim khatulistiwa panas dan lembap menarik minat pelancong antarabangsa, kawasan tanah tinggi bersuhu sederhana dan nyaman, suhu laut 20-30 menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti menyelam skuba
Kawasan peranginan pantai dan pulau di malaysia
Pantai damai,pulau redang,pulau sipadan
Kawasan peranginan tanah tinggi di malaysia
Cameron highlands,kundasang,bukit larut
Maksud kesan rumah hijau
Fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi
Kesan rumah hijau
Sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas, gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi,tetapi aktiviti manusia telah meningkatkan pelepasan gas-gas ini ke atmosfera, menyebabkan peningkatan suhu bumi dan boleh berlaku perubahan iklim
Punca rumah hijau
Pelupusan sampah,pembakaran sisa pertanian,kegiatan pembalakan,pembakaran hutan,pembakaran bahan api fosil
Maksud pulau haba
Merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya
Kesan pulau haba
Menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu yang tinggi
Punca-punca fenomena pulau haba
Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari,kesesakan jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan,bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba,kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu
Maksud hujan asid
Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6, berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk terutamanya di kawasan perindustrian
Cara pembebasan gas sulfur dioksida,karbon dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam atmosfera
Pembakaran api fosil seperti arang batu dan petreoleum oleh kilang,stesen jana kuasa dan kenderaan
Cara hujan asid terbentuk
Gas-gas ini terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik, wap air yang mengandungi asid akan membentuk awan dan akhirnya turun sebagai hujan asid
Kesan-kesan hujan asid
Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan,melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan,menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik, mengancam kesihatan manusia
Punca-punca jerebu
Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran,pembakaran hutan,pembakaran terbuka(sampah sarap dan sisa tumbuhan),pembakaran bahan api fosil(kenderaan dan kilang)
Kesan-kesan jerebu
Mengurangkan jarak penglihatan,menganggu pertumbuhan tanaman,masalah kesihatan,menjejaskan aktiviti pengangkutan
Maksud El Nino
Dapat dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin.
Impak El Nino
Semasa El Nino, tiupan angin menjadi lemah disebabkan oleh tekanan udara yang rendah. Angi Timuran digantikan dengan angin Baratan yang bertiup ke timur Lautan Pasifik
Impak El Nino 2
Mengakibatkan negara-negara di barat Laut Pasifik termasuk malaysia mengalami kemarau,walaupun sepatutnya menerima hujan lebat ketika ini. Negara di timur Lautan Pasifik pula mengalami hujan lebat,walaupun sepatutnya mengalami musim kemarau.
Maksud La Nina
Gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik.Penurunan suhu adalah lebih rendah daripada biasa berbanding dengan kawasan sekitarnya.
Impak La Nina
Mengakibatkan pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa serta kebarangkalian berlakunya banjir besar
Impak La Nina 2
Biasanya akan memberi kesan kepada negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak,terutamanya ketika Monsun Timur Laut
Impak La Nina 3
Akan meningkatkan jumlah hujan yang turun di kawasan berkenaan dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir besar seperti yang pernah berlaku di negara kita pada tahun 2014.
Contoh negara yang pernah mengalami La Nina
Australia,Malaysia,India,Afrika Selatan,Filipina
Plateau
Tempat yang rata di kawasan tinggi